Thursday, 15 November 2012

Istinjak

Istinjak ialah membersihkan qubul atau dubur dengan air mutlak.

  • Alat-alat beristinjak ialah :
  1. Air mutlak
  2. Tisu
  3. Batu
  4. Daun kering
  5. Ranting Kering
INFO : AIR MUTLAK IALAH AIR YANG SUCI DAN MENYUCIKAN SEPERTI AIR HUJAN, AIR LAUT, AIR SUNGAI, AIR PERIGI, AIR MATA AIR, AIR EMBUN DAN AIR ASLI.

Cara Istinjak :
  • Istinjak Dengan Air
  1. Siramkan air mutlak, guna tangan kanan.
  2. Basuh qubul atau dubur guna tangan kiri.
  3. Basuh sehingga bersih.
  • Istinjak Dengan Benda Kesat (Tisu, Batu, Daun Kering Dan Ranting Kering)
  1. Guna sekurang-kurangnya 3 biji batu atau benda kesat.
  2. Gosok pada qubul atau dubur sehingga diyakini bersih.
  • Kepentingan Istinjak
  1. Sah ibadah.
  2. Sihat rohani dan jasmani.
  3. Mengganbarkan akhlak mulia orang islam.
  4. Membezakan manusia dengan haiwan.
INFO :
  1. ROHANI : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN JIWA.
  2. JASMANI : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN TUBUH BADAN.

    No comments:

    Post a Comment